Friday, February 26, 2010

bUsY

Bismillahirrahmanirrahim..

Panas..sejuk...panas..sejuk..
Tidak ku duga cuaca di sini bertukar-tukar tanpa dijangka..
Tidak seperti di Malaysia yang dapat ku duga jika awan mendung tidak lama selepas itu akan hujan..huhu T_T
Di sini, panas terik pun hujan tiba2 turun..turun dengan lebatnya pula..
Subhanallah..kuasa Allah..kita sebagai hambaNya harus menerima limpahan kurniaNya..

Lately, saya tiba-tiba tersedar dari mimpi bahawasanya saya sudah lama berada di bumi Mansurah ni..
Banyak benda yang sudah saya lalui dan banyak ilmu yang telah saya pelajari dari doktor-doktor di sini ^_^
Sekarang kita berada di akhir bulan Februari dan tidak lama lagi saya akan menghadapi practical dan oral exam bulan April dan akhirnya written exam pada bulan Mei..hehe
Cepat masa berlalu..banyak lagi yang perlu saya pelajari dan revise balik apa yang telah dipelajari sebelum ini..


Baru-baru ini saya telah mengambil tindakan untuk mengambil kelas tuition..
Bagi mem'busy'kan diri dengan belajar ilmu perubatan ini..hehe (^_^)v
Teringat masa sekolah rendah hingga la ke sekolah menengah..
Best pergi tuition ni, walaupun penat..
Alhamdulillah banyak manfaat yang saya perolehi dengan menghadirkan diri ke tempat tuition (actually takut nk pergi tuition =P)
Waa..jadual saya sekarang sangat pack..huhu..
Mudah-mudahan saya dapat menjalankan tugas saya sebagai pelajar perubatan dengan sebaik mungkin dan tidak menghampakan harapan mak dan ayah saya..

p/s:You can do it Ainun!!! (x suka la feeling2 nk exam ni, byk je gangguan emosi)

Friday, February 19, 2010

PeRgI sAaT iNdAh ~AiMaN

Dalam keheningan dan hadir bayangan
Kenangan percintaan yang merawan sesalan
Ku rindu wajahmu sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya selalu untukmu
Kembalilah tak ingin berulang kisah sedetik berpisah
Akui ku bersalah tetapi waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih
Masih lagi perlu mengapa membisu
Ku rayu kepadamu ruangkanku hatiku
Kembalilah tak ingin berulang kisah sedetik berpisah
Akui ku bersalah tetapi waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih
Terus menanti walau seribu kali kemaafan ini abadi ke sisi
Kembalilah tak ingin berulang kisah sedetik berpisah
Akui ku bersalah tetapi waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih
Tinggal ku sendiri merenungi sepi
Fahami hingga nanti kau menjadi memori
Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba suatu masa
Semula

p/s: im in love with this song =) melodynya membuatkan saya boleh terbang melayang..hehe

Thursday, February 18, 2010

mUsIm sEjUK pErGi mUsIm pAnAs TiBa~

Pejam celik pejam celik cuti winter break dah nak habis.
Tidak lama lagi kuliah dah nak bermula.
Musim panas dah pon menjelma~
Balik sahaja dari Cairo saya sudah mengalami selesema.huhu =(
Itu semua ujian dari Allah S.W.T.
Saya perlu kuat menghadapi nih semua tanpa jagaan mak.heh.*berdikari*
Kalau sakit kita sendiri kena jaga diri.huhu.
Pagi tadi pening2 kepala 2 biji panadol sudah ku telan.
Sakit tekak jugak.
Air dah berliter ku minum.eheh..yela tu~
Letak tangan kat dahi,hot..hot..hot..
Demam kah?? demam please men jauh2..kuliah dah nak bermula..huhu T_T

p/s: Dahi dah x panas..dah cool down =) but still pening2 sikit..papepon chaiyok2!! ^_^

DeSiR-DeSiR PaSiR dI CaIrO (^_^)v

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. saya dapat menjejakkan kaki ke bumi Cairo lagi buat kali ke-4..sebelum ini saya ke Cairo atas urusan penting yang perlu diselesaikan..kali ini saya hadir ke sana untuk menikmati cuti musim sejuk saya bersama sahabat-sahabat saya =) ~Shasha, Fatin, Safwah, Yana, Afiqah, Nadia, Nabila, Anis, Diyana, Hidayah dan Fajwa~

Day 1
Akibat salah faham tempat stesen bas yang di cari-cari, kami terpaksa mengambil tremco sebagai pengangkutan kami. Daripada kejadian itu, kami diturunkan oleh pemandu tremco ditempat yang kami sendiri tidak pernah lihat..huhu..sesat (-_-'') Kami mencari-cari pengangkutan yang boleh membawa kami ke ARMA yang terletak di Abbasiah Syari' Saad belakang Taki. Dalam sejam kami berlegar-legar di kawasan Abbasiah dengan keadaan letih dan tidak bermaya =( Alhamdulillah akhirnya kami tiba di ARMA tapi agak mengecewakan kami diberi tahu tiada lagi bilik kosong untuk kami bermalam selama 2 hari..huhu. Alhamdulillah terdapat bilik tetamu yang boleh kami menginap dengan kadar harga yang lebih daripada menginap di asrama. Seusai kami menyempurnakan solat dan berehat seketika, kami keluar menuju ke City Star =) Jalan punya jalan lebih kurang 1 jam setengah kami berjalan kaki ke sana..kami ingatkan dekat je City Star tu mengikut apa yang mushrifah kami katakan, rupa2nya..jauh~ Kami hanya makan sahaja di sana, akibat daripada kepenatan berjalan jauh..kuang3..dah tidak larat untuk ber'window shopping'. Hari dah gelap, kami pulang dengan menaiki teksi dan dicharge sebanyak 25genih untuk pulang ke ARMA. Dalam perjalanan tiba2 teksi tersebut mengalami masalah teknikal. Kami berempat (Fatin, Shasha, Diyana dan saya) terpaksa menunggu selama 10 minit di tepi jalan..lalalala~ Syukur alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui itu dan kami semua ketiduran agak awal malam tu..ngeh~

Day 2
Lepas solat subuh kami bersiap-siap untuk menghadiri upacara akad nikah Kak Qila di Masjid Salam yang berlangsung pada pukul 9 pagi. Kami sampai di sana agak lewat beberapa minit,tetapi kelihatan Kak Qila still around with their friends and family. Fuh..belum start lagi, kami pun mengambil peluang untuk bergambar dengan Kak Qila..hehe.. Terdapat 2 pasangan pengantin pada hari itu. Terpancar kecerian dan keserian pada wajah mempelai pada masa itu..wink2.. Petang itu saya dan Fatin menghabiskan masa di bilik sahaja kerana kami keletihan yang x habis2 lagi dari semalam =P mereka yang lain pergi ke Hussein dan tempat2 bersejarah.

Day 3
Awal pagi kami telah check out dari ARMA untuk pergi ke Giza nak melawat piramid..hehe.. Macam2 peristiwa berlaku. Pada pagi itu,cuaca agak sejuk tapi bila tengah hari,cuaca agak panas terik. Kami ke sana dengan 2 orang mushrif yang menguide kami ke sana. Alhamdulillah, dengan bantuan mereka memudahkan lagi trip kami ke sana. Sampai di Giza, kami dapat melihat piramid,sphinx,unta,apa lagi ea..macam2 la.. Ramai pelancong yang berkunjung kat sana.. Kami menuju ke Ramsis dengan menaiki bas yang penuh sesak2 dengan penumpang..huhu.. Akhir sekali kami pulang semula ke Mansurah pada pukul 3 petang dengan menaiki tremco =)

p/s: Actually ada banyak story yang best2 tapi malas la nk story semua..boleh gelak guling bila ingat balik..haha xD..cuti kali ni memang seronok walaupon penat..ngeh~ =P

Monday, February 8, 2010

kAK kIKi's weDdinG




















Alhamdulillah Kak Kiki baru sahaja diijabkabulkan dengan pasangannya Ustaz Kadir pada tanggal 7 Februari 2010..
Keesokkan harinya majlis walimah diadakan di Darul Rahmah..
Sahabat handai dan rakan taulan Kak Kiki hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut..
Terpancar keceriaan pada wajah si mempelai..
Muka Kak Kiki nampak lebih berseri-seri daripada biasa..hehe =P
Semoga Kak Kiki bahagia bersama suami hingga akhir hayat dan menjadi seorang doktor muslimah yang berjaya dengan cemerlang suatu hari nanti insyaAllah..
p/s:waaa...dah lama x dapat makan nasi minyak kenduri kahwin..best2 dapat makan tadi..thanks Kak Kiki!!! :)

Saturday, February 6, 2010

cUti-cuTi wiNTer bReaK

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya..saya dapat meneruskan kehidupan saya pada hari ini..

cuti..cuti..cuti..

ada apa dengan cuti??
cuti merupakan waktu yang paling dinanti-nantikan oleh semua pelajar tidak kira di Malaysia atau pun di Mansurah ni :p

bagaimana pula dengan saya??
adakah saya suka dengan cuti??
jawapan saya ya!!

mengapa?
saya dapat merehatkan mental dan fizikal..

tapi..
baru sahaja 3 hari cuti, saya dah mula rasa bosan..
kerana tidak dapat menjalani kehidupan seharian pergi ke gamaah tiap-tiap hari..hehe
(mengada-ngada)
itulah manusia..tidak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada..

dah dapat cuti tu gunakan lah dengan sebaiknya..
hurm...nak pergi jalan-jalan..tapi...malas lah nak kuar duit...huhu...
nak kumpul duit balik Malaysia...lalalala...

tidak mengapa...insyaAllah saya di sini hingga saya tamat pengajian saya..
so ada banyak lagi masa untuk menjelajah bumi Allah ini..
insyaAllah akan bersiar-siar di Cairo selama 3 hari (sikit hari je) ^_^

p/s: ya Allah sejuknya!!! (under comforter)

Monday, February 1, 2010

smILe ^____^




Bismillahirrahmannirrahim..
smile...smile...smile...
senyum itu sedekah..
walaupun kita berada dalam kesusahan @ kegelisahan...
kita harus redha dan tabah menghadapi ujian yang datang daripada Allah..
so..jika saya menghadapi masalah..
saya selalu tidak mempamerkan masalah saya di wajah saya..hehe
saya akan sentiasa tersenyum..
walaupun sebenarnya pahit..
smile...smile...smile...
mesti ada sebab2 yang membuatkan kita sebagai manusia harus senyum..
di sini ingin saya nyatakan sebab2 kita perlu senyum :))
(reason2 ni saya search di internet..huhu)
Senyum boleh membuatkan kita ini nampak menarik..
Senyum juga boleh mengubah mood kita yang dari mulanya bad mood
jek..bertukar kepada good mood..haha XD

Senyuman kita juga boleh mengubah mood orang lain jugak..ahaks..yang tengah sedih2..boleh happy plak dengan tiba2nya bila tengok kita nih senyum2...kih3 (ada ke??)
Senyum boleh hilangkan stress..ia boleh mengubah muka kita yang tgh stress nih menjadi berseri-seri dan nampak awet muda..eceh..
Senyum membantu sistem immunisasi kita untuk berkerja dengan baik..
Senyum merendahkan tekanan darah dalam badan kita ni..sesape yang menghadapi tekanan darah yang tinggi banyak2kan lah senyum ye..huhu
Senyum membebaskan endorphins, natural pain killer dan serotonin yang membuatkan kita berasa tenang..senyum merupakan dadah semulajadi..ngeeeee
Senyum akan membuatkan kita berasa lebih konfiden dan diri akan nampak lebih menonjol..so, jika kita berada dalam satu mesyuarat atau perjumpaan..org ramai akan datang kepada kita dan beramah mesra dengan akrabnya..ngeh3.
.
Senyum membantu kita untuk sentiasa berfikiran positif..btol3...
Hah,,banyakkan manfaat dengan senyum ni..hehe..so...
Akhir kata dari saya..smile always!!!!!!!!!!!!!!!!!!


p/s: mood x berapa nak baik,so senyum lah..haha XD