Thursday, February 18, 2010

DeSiR-DeSiR PaSiR dI CaIrO (^_^)v

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. saya dapat menjejakkan kaki ke bumi Cairo lagi buat kali ke-4..sebelum ini saya ke Cairo atas urusan penting yang perlu diselesaikan..kali ini saya hadir ke sana untuk menikmati cuti musim sejuk saya bersama sahabat-sahabat saya =) ~Shasha, Fatin, Safwah, Yana, Afiqah, Nadia, Nabila, Anis, Diyana, Hidayah dan Fajwa~

Day 1
Akibat salah faham tempat stesen bas yang di cari-cari, kami terpaksa mengambil tremco sebagai pengangkutan kami. Daripada kejadian itu, kami diturunkan oleh pemandu tremco ditempat yang kami sendiri tidak pernah lihat..huhu..sesat (-_-'') Kami mencari-cari pengangkutan yang boleh membawa kami ke ARMA yang terletak di Abbasiah Syari' Saad belakang Taki. Dalam sejam kami berlegar-legar di kawasan Abbasiah dengan keadaan letih dan tidak bermaya =( Alhamdulillah akhirnya kami tiba di ARMA tapi agak mengecewakan kami diberi tahu tiada lagi bilik kosong untuk kami bermalam selama 2 hari..huhu. Alhamdulillah terdapat bilik tetamu yang boleh kami menginap dengan kadar harga yang lebih daripada menginap di asrama. Seusai kami menyempurnakan solat dan berehat seketika, kami keluar menuju ke City Star =) Jalan punya jalan lebih kurang 1 jam setengah kami berjalan kaki ke sana..kami ingatkan dekat je City Star tu mengikut apa yang mushrifah kami katakan, rupa2nya..jauh~ Kami hanya makan sahaja di sana, akibat daripada kepenatan berjalan jauh..kuang3..dah tidak larat untuk ber'window shopping'. Hari dah gelap, kami pulang dengan menaiki teksi dan dicharge sebanyak 25genih untuk pulang ke ARMA. Dalam perjalanan tiba2 teksi tersebut mengalami masalah teknikal. Kami berempat (Fatin, Shasha, Diyana dan saya) terpaksa menunggu selama 10 minit di tepi jalan..lalalala~ Syukur alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui itu dan kami semua ketiduran agak awal malam tu..ngeh~

Day 2
Lepas solat subuh kami bersiap-siap untuk menghadiri upacara akad nikah Kak Qila di Masjid Salam yang berlangsung pada pukul 9 pagi. Kami sampai di sana agak lewat beberapa minit,tetapi kelihatan Kak Qila still around with their friends and family. Fuh..belum start lagi, kami pun mengambil peluang untuk bergambar dengan Kak Qila..hehe.. Terdapat 2 pasangan pengantin pada hari itu. Terpancar kecerian dan keserian pada wajah mempelai pada masa itu..wink2.. Petang itu saya dan Fatin menghabiskan masa di bilik sahaja kerana kami keletihan yang x habis2 lagi dari semalam =P mereka yang lain pergi ke Hussein dan tempat2 bersejarah.

Day 3
Awal pagi kami telah check out dari ARMA untuk pergi ke Giza nak melawat piramid..hehe.. Macam2 peristiwa berlaku. Pada pagi itu,cuaca agak sejuk tapi bila tengah hari,cuaca agak panas terik. Kami ke sana dengan 2 orang mushrif yang menguide kami ke sana. Alhamdulillah, dengan bantuan mereka memudahkan lagi trip kami ke sana. Sampai di Giza, kami dapat melihat piramid,sphinx,unta,apa lagi ea..macam2 la.. Ramai pelancong yang berkunjung kat sana.. Kami menuju ke Ramsis dengan menaiki bas yang penuh sesak2 dengan penumpang..huhu.. Akhir sekali kami pulang semula ke Mansurah pada pukul 3 petang dengan menaiki tremco =)

p/s: Actually ada banyak story yang best2 tapi malas la nk story semua..boleh gelak guling bila ingat balik..haha xD..cuti kali ni memang seronok walaupon penat..ngeh~ =P

No comments:

Post a Comment