Monday, March 29, 2010

bRoKeN HeArT

Bismillahirrahmannirrahim..
Apa yang kita harapkan tidak semestinya kita dapat merealisasikannya..
Begitu juga apa yang kita mahukan tidak semestinya kita akan dapat..
Ayatku dah tunggang terbalik kot..huhuhu
Situasi yang ku anggap sukar adalah ketika menempuh alam ini..
Alam ini bukan lagi alam persekolahan..
Alam ini merupakan alam yang betul-betul mematangkan diri ini..
Melihat sendiri fenomena yang berada di sekeliling kita dengan ligatnya otak kita memikirkan baik buruk sesuatu itu..
Banyak lagi benda yang belum ku terokai di alam yang fana' ini...

Mengenai hati dan perasaan..
Sampai sekarang hanya minoriti manusia yang pandai menjaga perasaan dan hati seseorang..
Memang agak sukar untuk memahami seseorang itu..
Hati ini sangat letih untuk menjaga hati dan perasaan mereka..
Mereka tidak pernah memperdulikan hati dan perasaanku ini..
Diri ini dianggap sebagai boneka??
Mengapa diri ini sangat lemah??
Mengapa daku tidak berani untuk melawan??
Kerana ku sayang kamu..
Ku tahu kamu boleh berubah..
Harapanku kalian mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

p/s: Kembali senyum =) (Diri yang tidak pernah letih untuk senyum)

Thursday, March 25, 2010

~nAdiKu~



Nadiku

Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melenaku
Pada aroma syurga kita
Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

Chorus
Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikanku
Walau sezarah air mata
Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

By: Sabhi Saddi


p/s: swinging mode~

Thursday, March 18, 2010

aNgIn mAlAm yAnG DiNgIn

Bismillahirrahmanirrahim

Tajuk di atas hanyalah menunjukkan keadaan yang tengah saya alami sewaktu menaip post untuk kali ini =)
Sebenarnya tajuk itu tiada kena mengena dengan apa yang ingin saya sampaikan..
Entah mengapa saya mempunyai perasaan yang pelik sejak akhir2 ni..
Adakah ini merupakan salah satu keadaan yang dialami oleh pelajar2 medic??
Hurm..saya rasa tidak~ hanya Allah sahaja yang tahu apa yang telah saya alami pada waktu ini..
Alhamdulillah saya mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong saya dari jauh..hehe ;)
Sahabat-sahabat juga tidak ketinggalan...dari Malaysia hingga ke Mesir ^_^
Thanks All Of You!!!

Exam final makin hampir..tapi diri ini masih tidak sedar dari mimpi indah~
Mimpi ini actually tidak lah berapa indah..huhuhu...
Di bumi Mesir ini telah mematangkan diri ini dengan mengenali semua ciptaan Allah..
Subhanallah..

Apabila berada di negara orang, berjauhan dari keluarga yang tersayang..
Memang banyak cabaran yang perlu ku tempuhi..
Jika hati ini disakiti..hati ini hanya mampu sembuh sendiri dengan perlahan2..
Tanpa diketahui oleh orang luar..
Di luar hanya senyuman yang ku paparkan..
Kalau emak berada di sisi..emak lah jadi tempatku mengadu, bermanja dan macam2 lagi..
Emak merupakan ibu dan teman sejatiku..
Kalau diri ini dalam kesedihan..emak akan datang kepadaku dan mententeramkan daku..
Emak akan menaikkan semangatku untuk terus berjuang..
Kadang2 emak akan ketawa bila diri ini menangis..apabila melihat emak ketawa..diri ini turut ketawa...hahaha XD

Daku juga pelik dengan diri ini..
Bila sedih atau geram akan sesuatu...akan ku pendam..
Apabila tahap untuk memendam sudah kritikal..akan tejatuh juga titisan air mata..
Tidak dapat ku sorokkan dari emak..
''Kenapa Ainun menangis ni??tetiba jek''tanya emak..
Jawapan yang sering saya bagi kepada emak ''Takpelah mak..bukan senang akak nak menangis''jawapku dalam tangisan..
Jawapanku itu telah membuatkan emak,ayah dan adik-adikku turut gelak bersama..
Tidak sampai berapa hari atau jam atau minit??...atuk, nenek, ayah saudara, mak saudara, sepupu2, jiran2 dan kawan2 mereka semua tu akan tahu cerita yang ainun menangis..huhu T_T
Diri ini juga pelik..dalam keadaan sedang menangis itu..diri ini juga turut tergelak sama..haha xD
Dah lah kalau menangis suka menangis dengan sedu sedan..entah ape2.. =p

Actually saya cerita ni semua kerana tiba2 datang perasaan rindu kepada mereka semua~
hahaha
Nak skype dengan emak sekarang ni susah..
Sms pon kalau saya bagi kat mak, mak reply lambat n vice versa =(
Kesian ayah...sekarang semakin sibuk...mudah-mudahan ayah dapat selesaikan kerja ayah dengan baik..chaiyok!!!!
Adik-adik pon sibuk..Iman sibuk dengan U dia, Adik dengan title prefect dia..ngahaha xD and SPM!!! dan Iffah dengan PMR!!! mesti dua orang pelajar ini sibuk dengan tuition2nya..
Belajar rajin2 ye adik2 ku..jangan jadi cam akak nih...jadi lebih dari akak.. ;D
Emak pon sekarang jadi pelajar SPM dan PMR xD penat tu~

Takpe2..mak dan ayah mmg masih nmpk muda walaupun umur dah meningkat..keh3..bak kata mak..awet muda...jangan jeles xP
Mak~Ayah~Iman~Adik~Iffah~
Akak rindu akan suasana itu~ ^_^
Shopping sesama~ makan sesama~ kongsi cerita sesama~main sesama~
Adik2 akak ni semua mesti dah tinggi2 dari akak kn3 >_<
Ni yang jeles nih..huhu xP

Dengan coretan yang panjang ni membuatkan hati ini sedikit terubat rindu..hua3
Sekarang saya perlu sedar dan bertindak dengan pantas...
Fokus2..exam yang terbaru

10/4 Anatomy
12/4 Physiology
13/4 Biochemistry
31/4 Histology
p/s: cuaca kat sini berubah2..mood saya pon berubah2 ;P