Saturday, October 30, 2010

Happy-Happy Day


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Saya dapat menulis lagi di sini. Sudah sekian lama blog ini ditinggalkan. Ini semua disebabkan oleh kesibukan diri ini dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, anak dan pelajar. Tetapi pada hari ini saya diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit masa di sini.

Alhamdulillah saya masih di beri peluang untuk meneruskan pejuangan saya di sini.

WELCOME TO SECOND YEAR!!!!

Dengan berbekalkan kata-kata semangat dari Malaysia saya harap saya akan terus tabah dalam mengharungi setiap ujian di negara ini. Saya akan sentiasa ingat kata-kata seorang insan yang saya sayang. Walaupun agak perit untuk menerima hakikat bahawasanya kami tidak dapat bersua kembali seperti dahulu kala. Saya harap dia bahagia di sana. InsyaAllah kita akan jumpa di sana. Ameen. Saya akan teruskan cita-cita saya dan kenangan bersamanya akan sentiasa tersemat di dalam ingatanku ini.

Alhamdulillah jadual kuliah pada tahun dua lebih baik dari sebelumnya. Pre mid term tiada. Mid year exam pula yang akan menyusul bulan Januari depan. Saya harap setiap apa yang saya pelajari hari demi hari memberi manfaat pada saya. Kadang-kadang keadaan sekeliling juga dapat mengajar kita untuk menjalani kehidupan untuk masa hadapan. Alhamdulillah saya dapat adapt dengan keadaan sekeliling.

Winter is coming back~ saya harap saya tidak terkena syndrome-syndrome semasa winter yang lalu. =.='' fuhhh sejuk2. Actually sekarang tengah rajin nak buat nota practical Physiology cause tadi dah kena attack dengan doctor =P alhamdulillah nasib baik dapat jawap, kalau tak tahu nak jawap bagi jelah senyuman =D Histology yang sering kali macam diabaikan kini harus diberi perhatian. Banyak lagi lukisan yang harus di settlekan. T_T

Akhir kata dari saya, semoga jalani kehidupan anda semua dengan tenang dan gembira.
^___________________________________________________^
Lebarkan senyuman seperti di atas.