Tuesday, August 17, 2010

Falling In Love During Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana saya diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.
Saya juga sangat bahagia kerana hajat saya termakbul untuk bercinta dalam bulan Ramadhan di bumi Mesir ini...
Walaupun menikmati bulan Ramadhan jauh dari keluarga, saya tetap merasakan nikmatnya yang luar biasa..
Di sini saya lebih mengenali diri saya dan sekaligus mendekatkan lagi diri ini dengan Allah S.W.T.

Di Malaysia~
Saya rindu akan suasana berpuasa di sana kerana apabila tibanya bulan Ramadhan, kami sekeluarga dapat berkumpul untuk bersahur, berbuka puasa dan solat tarawikh bersama..
Beberapa hari sebelum menyambut Syawal saya dan mak saya mula untuk membuat kuih dan kek raya..
Tidak ketinggalan juga untuk membeli-belah baju raya..
Malam sebelum Syawal kami anak beranak akan masak untuk pagi raya keesokkan harinya..

Di Mesir~
Semua aktikiti dilaksanakan bersama dengan sahabat handai~
Sememangnya banyak pengalaman yang saya dapat di dalam bulan Ramadhan kali ini..
Tahun ini pecah rekod, saya tidak berpeluang untuk bersahur,berbuka,solat tarawikh bersama keluarga,buat kuih raya, masak bersama emak untuk pagi raya, bershopping untuk raya dan yang sayunya insyaAllah saya akan tiba di Malaysia di pagi raya..

Actually itulah detik2 yang pernah saya inginkan iaitu merasai perasaan apabila jauh di perantauan dan pulang ke rumah di pagi raya dan tidak saya sangka peristiwa ini akan berlaku..
Saya harus redha menghadapi semua ini dan pastinya ada hikmah disebalik apa yang terjadi~
Kita kena yakin dengan ketentuan Allah S.W.T.

Akhir kata dari saya..Ramadhan karim~ (^_^)v