Monday, February 27, 2012

Kembalilah Semangatku


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan izin Allah S.W.T. saya dengan gigihnya membuka blog saya yang dah usang ini. Mesti ramai pengikut saya yang akan tertanya-tanya ke mana menghilangnya saya ni (macam lah ada fans :P) ok stop it! Actually saya tidak berapa nak rajin meng'update' blog. Tetapi hari ini datang semangat nak conteng-conteng.fuhh~ Bukannya apa, hari ini saya mengalami kepeningan akibat perubahan cuaca. Hah??cuaca dah berubah? hmm saya pun tidak tahu. Tu lah baru berapa hari tidak keluar rumah,bila dapat cahaya matahari yang terik mulalah rasa pening-pening. Macam nak pengsan pun ada.

Cakap pasal kembalikan semangat tu. Saya nak semangat Ainun Nadhirah yang dulu. Bukan sekarang yang cepat sangat putus asa, mengeluh dan lemah semangat.huhuhu. Hanya pada Allah tempat saya mengadu dan bergantung. Saya bahagia ada keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling yang sentiasa dapat menceriakan hari saya. Tetapi saya sendiri tidak dapat merasa kebahagiaan itu luhur dari hati saya. Mengapa? saya pun tidak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya harap saya dapat teruskan perjuangan saya dengan lebih baik tanpa melihat kebelakang. Saya rasa ini sahaja yang saya mampu luahkan buat ketika ini.

p/s: Masa ibarat pedang dan juga emas. Tapi alangkah ruginya saya kalau waktu itu dibiarkan berlalu begitu sahaja. Saya harap saya dapat manfaatkan masa yang ada dengan baik. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment