Tuesday, March 13, 2012

Dunia Baru


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dengan semangat dari Allah S.W.T, keluarga, sahabat dan juga diri ini telah membawa kepada dunia baru iaitu ingin teruskan perjuangan dahulu.hehehe. Sebelum ini perjuangan ini pernah dilaksanakan dan terhenti buat masa yang lama iaitu selama setahun. Mulai esok dengan izin Allah S.W.T. saya ingin teruskan perjuangan dan cita-cita saya bersama-sama dengan sahabat saya.Mudah-mudahan perjuangan ini dapat diteruskan dengan lancar dan tiada sebarang gangguan.

Saya juga berharap pelajaran dan ilmu lain juga dapat saya pegang dengan kuat agar saya cemerlang dalam semua aspek di dunia dan di akhirat. Saya tidak mahu berat sebelah malah ingin mengecapi semuanya dengan atas redha Allah S.W.T.

Apabila melihat senior-senior saya semasa Graduation Day mereka tempoh hari, saya sangat terharu dan gembira kerana melihat mereka mengecapi impian mereka setelah berhempas pulas berada di bumi Mesir ini selama 6 tahun. Saya terfikir bahawasanya saya juga ingin menjadi seperti mereka. Membawa segulung ijazah pulang ke tanah air yang tercinta.

Saya tahu masa itu akan tiba. So sekarang saya perlu lebih cekal dan kuat. Tidak perlu toleh belakang, pandang kanan dan kiri. Terus maju ke hadapan :)

p/s: Doakan saya dapat tempuhi semua ini dengan baik.InsyaAllah ^__^

Monday, February 27, 2012

Kembalilah Semangatku


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan izin Allah S.W.T. saya dengan gigihnya membuka blog saya yang dah usang ini. Mesti ramai pengikut saya yang akan tertanya-tanya ke mana menghilangnya saya ni (macam lah ada fans :P) ok stop it! Actually saya tidak berapa nak rajin meng'update' blog. Tetapi hari ini datang semangat nak conteng-conteng.fuhh~ Bukannya apa, hari ini saya mengalami kepeningan akibat perubahan cuaca. Hah??cuaca dah berubah? hmm saya pun tidak tahu. Tu lah baru berapa hari tidak keluar rumah,bila dapat cahaya matahari yang terik mulalah rasa pening-pening. Macam nak pengsan pun ada.

Cakap pasal kembalikan semangat tu. Saya nak semangat Ainun Nadhirah yang dulu. Bukan sekarang yang cepat sangat putus asa, mengeluh dan lemah semangat.huhuhu. Hanya pada Allah tempat saya mengadu dan bergantung. Saya bahagia ada keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling yang sentiasa dapat menceriakan hari saya. Tetapi saya sendiri tidak dapat merasa kebahagiaan itu luhur dari hati saya. Mengapa? saya pun tidak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya harap saya dapat teruskan perjuangan saya dengan lebih baik tanpa melihat kebelakang. Saya rasa ini sahaja yang saya mampu luahkan buat ketika ini.

p/s: Masa ibarat pedang dan juga emas. Tapi alangkah ruginya saya kalau waktu itu dibiarkan berlalu begitu sahaja. Saya harap saya dapat manfaatkan masa yang ada dengan baik. InsyaAllah :)

Wednesday, January 26, 2011

At Last!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah sudah selesai exam yg baru di tempuhi pg td..Tiba2 rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu...
Awal pagi ketika saya berjalan ke gamaah tiba2 hati ini terdetik..ade 4 tahun lebih lg untuk ku tempuhi di bumi Mesir ini...
Usai sahaja exam,terpancar keceriaan di setiap wajah sahabatku kerana sudah berhempas pulas menjawab exam dlm 15 minit..huhu ^_^
Saya begitu aktif ketika itu kerana mencari sahabat saya (Yana) yang telah berjanji untuk berjalan-jalan selepas exam..hehe :P
Tapi ade suatu perkara yang tidak boleh dikatakan di sini berlaku di tempat yang ingin kami tujui..so kami terpaksa membatalkan niat untuk bershopping di sana T_T
Lepas tu tiba2 Yana ajak pergi Metro untuk membeli halia..hehe susah taw nak cari halia kat sini..kih3..di sana halia jual sekilo terus,so...kami wat keputusan untuk ke Awadalla untuk beli beberapa ketul je..hahahaha xD
Berjalan-jalan sungguh kami td..dengan pening2 lagi.. (=_='')
Lepas dah selesai semua2 barang yang kami beli..kami pun pulang ke rumah masing2..hihi <---ayat ni perlu diceritakan ke? xpelah biar nampak banyak sikit ape yang saya nak tulis ni xP
Balik2 je rumah dapat suprise dari roomate..Tadaa~



Phewittt!!! At last!!! pertama kali saya dapat bunga dari roomate saya ^____^
Thanks Khalisah..tiba2 rasa awak comel plak bagi bunga ni..hahaha xD
Dah2 word tu susah taw saya nak bagi kat awak, so gunakanlah dengan sebaiknya..ngee~ :P
Saya rasa tu saja kot nak cerita wat masa ni..lain2 hari jumpa lagi...bubye~

p/s: To my dear mandolin friend..I hope you will be the first person to give me the bouquet of flower..but my roomate took your place as a 1st person to give me the flowers..but I'm still don't mind if you want to give me a bouquet of roses~ hahaha xD demand giler~

Friday, January 14, 2011

Jom Study!


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah hari ini saya dapat mengupdate blog ni buat sekian lama la sgt~ blog ni x bagi saya menulis.huhu (x dpt nk sign in)
Ok lets story about what happened around us and what environment i have to go through this month..
Firstly..exam around cornerrrrrrrrrrrrrr..not so corner but i think its so near to me :(
hahaha (english degenerate like what my friend had told me before =( help me!!!help me!!help me!!help me!!)
Then i'm having homesick..blablabla~lalalalala~i need to go back to my home sweet home rite now ;P
Last but not least..please dont let your tear falling down just because of little thing..
1 drop of tear is not cheap as buying mandolin nus genih..hahaha xD
Please someone give me something to become more cheerful and forget all about sad memories..
Happy2 day..no more words want to come out from my mouth because it will make my post become more bad..huhu what so ever~
Till now i write this because im jealous with my friend who write her post in english to improve her english which have degenerate..hahahahahaha xD so thanks to you..i will make you as my teacher to learn more about english...LEARN ENGLISH IS FUN!! its look like a campaign when you're in 6th grade T_T

p/s: To my dear friend who i force her to read this!!!..hehe~Please don't be mad at me because if you are, my english become more worst!! =,=''

Sunday, January 9, 2011

Sanah Helwa Ya Gamilah!!!!!


Bismillahirrahmanirrahim..
Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang saya untuk meneruskan hajat saya yang lama terpendam.hehehe :) Dah lama sungguh saya teringin sangat nak buat benda ni..Dari Malaysia lagi dan dah bertahun2 saya impikan untuk membuat CHOCOLATE MOIST CAKE ^_^
Di sini saya berasa sangat teruja untuk membuat kek, tak tahu kenapa.huhu.
Di Malaysia punya la saya banyak mengumpul resepi ni tapi x buat2 lagi coz tiada waktu yg sesuai untuk membuatnye..
Kat sini pun saya mencari2 waktu yang sesuai dan at last rezeki birthday girl dan rakan2 yang berada berdekatan akhirnya dapat merasa kek yang saya buat for the FIRST time!!! ngee~

Alhamdulillah sangat2 kerana kek yang saya buat menjadi dan mereka kata sedap~ tapi saya rasa manis sangat..hmm tak apelah asalkan diaorang makan sedap and habiskan pon saya happy sangat2 :D
Di sini saya nak share resepi kek yang saya buat..tadaa~

CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan2nya:

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gram butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Cara2nya:

1. Serbuk koko+1/2 cawan gula +air panas=jerang atas dapur dgn api kecil sambil kacau rata & berkilat.Sejukkan dan tuangkan susu cair ,kacau rata dan put aside.
2. Pukul butter dan 2 cawan gula hingga kembang dan masukkan telur sebiji2 dan esen vanilla dan gaul rata. Ayak tepung dgn baking powder 3x baru masukkan tepung selang seli dgn pes
dan gaul rata.
3. Masukkan loyang 9x9 dan bakar selama 1jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4. Untuk moist satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar
air panas & cairkan secara double boiled.

Hmm cubalah resepi di atas jika mempunyai masa lapang yang banyak :p
Saya sertakan skali gambar kek yang saya dah buat..

Last but not least..wishing to my dearest friend FATIN ADLINA MOHD JUTY~

HAPPY BIRTHDAY!!!!!!!!!
SANAH HELWA YA GAMILAH ^_^

Monday, November 15, 2010

Holiday @_@

suasana di tempat baru..BDO not same as BBU home sweet home

Dengan lafaz bismillah saya mula menaip untuk post kali ni. Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih saya berada di bumi Mesir ini. Hari ni saya berkesempatan untuk meluangkan masa dengan blog ni. InsyaAllah Selasa ni AidilAdha akan menjelma. Sambutan Adha akan di sambut oleh saya di sini buat kali kedua. Yang bestnya Adha kat sini, kami semua dapat cuti seminggu..hooreyy!~~
Seminggu tu seharusnya saya manfaatkan sebaik mungkin.haha :D
Exam just around the corner, so I have to start struggling towards my study. Catch up whatever yang tercicir.ngee~

PHYSIOLOGY 20/1/11
ANATOMY 22/1/11
BIOCHEMISTRY 24/1/11
HISTOLOGY 26/1/11

Waa~ dekat tak date exam tu..huhu..walaupun nampak macam jauh,saya tetap rasa dekat! So cuti holiday ni just around Mansurah je lah.haha (around gamaah je ler =.='')
Student activities yang nampak macam ringan but kalo relax sangat x ke berat bila buat kerja last minute.adoi~
I think thats all for today..hmm xde idea banyak la @_@

p/s: Rinduku sudah terubat bila dapat skype dengan orang yang tersayang~

Saturday, October 30, 2010

Happy-Happy Day


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Saya dapat menulis lagi di sini. Sudah sekian lama blog ini ditinggalkan. Ini semua disebabkan oleh kesibukan diri ini dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, anak dan pelajar. Tetapi pada hari ini saya diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit masa di sini.

Alhamdulillah saya masih di beri peluang untuk meneruskan pejuangan saya di sini.

WELCOME TO SECOND YEAR!!!!

Dengan berbekalkan kata-kata semangat dari Malaysia saya harap saya akan terus tabah dalam mengharungi setiap ujian di negara ini. Saya akan sentiasa ingat kata-kata seorang insan yang saya sayang. Walaupun agak perit untuk menerima hakikat bahawasanya kami tidak dapat bersua kembali seperti dahulu kala. Saya harap dia bahagia di sana. InsyaAllah kita akan jumpa di sana. Ameen. Saya akan teruskan cita-cita saya dan kenangan bersamanya akan sentiasa tersemat di dalam ingatanku ini.

Alhamdulillah jadual kuliah pada tahun dua lebih baik dari sebelumnya. Pre mid term tiada. Mid year exam pula yang akan menyusul bulan Januari depan. Saya harap setiap apa yang saya pelajari hari demi hari memberi manfaat pada saya. Kadang-kadang keadaan sekeliling juga dapat mengajar kita untuk menjalani kehidupan untuk masa hadapan. Alhamdulillah saya dapat adapt dengan keadaan sekeliling.

Winter is coming back~ saya harap saya tidak terkena syndrome-syndrome semasa winter yang lalu. =.='' fuhhh sejuk2. Actually sekarang tengah rajin nak buat nota practical Physiology cause tadi dah kena attack dengan doctor =P alhamdulillah nasib baik dapat jawap, kalau tak tahu nak jawap bagi jelah senyuman =D Histology yang sering kali macam diabaikan kini harus diberi perhatian. Banyak lagi lukisan yang harus di settlekan. T_T

Akhir kata dari saya, semoga jalani kehidupan anda semua dengan tenang dan gembira.
^___________________________________________________^
Lebarkan senyuman seperti di atas.

Tuesday, August 17, 2010

Falling In Love During Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana saya diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.
Saya juga sangat bahagia kerana hajat saya termakbul untuk bercinta dalam bulan Ramadhan di bumi Mesir ini...
Walaupun menikmati bulan Ramadhan jauh dari keluarga, saya tetap merasakan nikmatnya yang luar biasa..
Di sini saya lebih mengenali diri saya dan sekaligus mendekatkan lagi diri ini dengan Allah S.W.T.

Di Malaysia~
Saya rindu akan suasana berpuasa di sana kerana apabila tibanya bulan Ramadhan, kami sekeluarga dapat berkumpul untuk bersahur, berbuka puasa dan solat tarawikh bersama..
Beberapa hari sebelum menyambut Syawal saya dan mak saya mula untuk membuat kuih dan kek raya..
Tidak ketinggalan juga untuk membeli-belah baju raya..
Malam sebelum Syawal kami anak beranak akan masak untuk pagi raya keesokkan harinya..

Di Mesir~
Semua aktikiti dilaksanakan bersama dengan sahabat handai~
Sememangnya banyak pengalaman yang saya dapat di dalam bulan Ramadhan kali ini..
Tahun ini pecah rekod, saya tidak berpeluang untuk bersahur,berbuka,solat tarawikh bersama keluarga,buat kuih raya, masak bersama emak untuk pagi raya, bershopping untuk raya dan yang sayunya insyaAllah saya akan tiba di Malaysia di pagi raya..

Actually itulah detik2 yang pernah saya inginkan iaitu merasai perasaan apabila jauh di perantauan dan pulang ke rumah di pagi raya dan tidak saya sangka peristiwa ini akan berlaku..
Saya harus redha menghadapi semua ini dan pastinya ada hikmah disebalik apa yang terjadi~
Kita kena yakin dengan ketentuan Allah S.W.T.

Akhir kata dari saya..Ramadhan karim~ (^_^)v




Sunday, July 18, 2010

I Miss You

Sha la la la la
Sha la la la la
You used to call me your angel
Said I was sent straight down from Heaven
You'd hold me close in your arms
I loved the way you felt so strong
I never wanted you to leave
I wanted you to stay here holding me
I miss you, I miss your smile
And I still she'd a tear every once and a while
And even though it's different now
You're still here somehow
My heart won't let you go, and I need you to know
I miss you, sha la la la la, I miss you
You used to call me your dreamer
And now I'm livin' out my dream
Oh how I wish you could see
Everything that's happening for me
I'm thinking back on the past
It's true that time is flying by too fast
I miss you, I miss your smile
And I still she'd a tear every once and a while
And even though it's different now
You're still here somehow
My heart won't let you go, and I need you to know
I miss you, sha la la la la, I miss you
I know you're in a better place (yeah)
But I wish that I could see your face (oh)
I know you are where you need to be
Even though it's not here with me
I miss you, I miss your smile
And I still she'd a tear every once and a while
And even though it's different
You're still here somehow
My heart won't let you go, and I need you to know
I miss you, sha la la la la
I miss you, I miss your smile
And I still she'd a tear every once and a while
And even though it's different now
You're still here somehow
My heart won't let you go, and I need you to know
I miss you, sha la la la la, I miss you

p/s: I miss you a lot T_T

Thursday, July 15, 2010

Alhamdulillah ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, exam saya sudah tamat semalam.
Overall exam memang agak scary but the oral exam make me feel 'something'
First time oral exam berdepan dengan doctor yang hebat-hebat mana tak nya saya ni nervous.huhu.
Tapi alhamdulillah oral exam banyak menguji saya dan saya berpuas hati dengan apa yang saya lakukan.
InsyaALLAH keputusannya akan memuaskan hati saya.

After exam direct balik umah packing barang semua2.hoho x hilang lagi penat tunggu doctor masa nak exam dah pergi kemas2.huish =P
Before this dah hantar buku sikit2 kat umah baru.
Semalam continue, hari ni bawak baju sikit2.
InsyaAllah kalau tak ada apa2 halangan esok bawak beg yang besar tu.haha! penat ler~
Actually semalam after balik dari umah baru pergi keluar cuci mata @_@
Survey jubah~ balik je umah terus tidur. Penat dari pagi di balas dengan tidur yang cukup =)
Tapi tak cukup.huhu.

Pagi tadi message iman dan mak tanya nak barang apa.
Nasib baik mak tak ada wat list panjang.
Suka hati saya nak belikan diaorg apa2 je. *wink2*
Exam dah habis.
Now start untuk berjalan-jalan. ngeh3

p/s: Hati tak tenang selagi keputusan exam tak keluar lagi. So, actually feelingless nak balik Malaysia. Tapi dah berangan-angan ada kat Malaysia! ahahaha xD
Lastly tawakal kepada Allah. InsyaAllah saya dan rakan2 seperjuangan saya dapat result yang cemerlang. Amin..

Friday, June 25, 2010

Jeng.jeng.jeng. *AWARD*

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru je wat tag dah dapat tag yang baru..huhu
Apa-apa pun saya tak nak kecewakan anda..
Saya akan menyahut cabaran anda..haha
(Sedih kerana dapat taw blog anda di freeze seketika.erk)
Terima kasih kerana memberi award ini dan merasakan blog saya ini cute.ngeh3 ;D


1. Ceritakan bagaimana usaha kalian untuk mencomelkan blog kalian.
Awal kelahiran blog ni dicomelkan dengan bantuan orang yang bagi award ni. Thanks a lot!!! Kamu memang comel..ngehehe ;) Dah lama2 tu pandai2 la mencomelkan sendiri..yeah! (bukan ke tuan punya blog ni dah cukup comel? xD)

2. Website yang kalian selalu pergi untuk membantu kalian mengedit blog.
Hurm..bru je sekali edit blog.xde la selalu kn.kn.kn. ;)

3. Tuliskan lima perkataan yang menggambarkan diri korang.
~ Ceria
~ Senyum
~ Ramah
~ Comel
~ Innocent

4. Tag kawan2 kalian yang kalian rasa patut menerima award ini.
> Fatin Adlina
> Khalisah
> Aliya
> Siti Noraishah
> Dalilah
> sesape yang rasa blog dia comel sangat dan boleh menerima award ni..hehe

p/s: summer membuatkan diriku bagai angin lalu~ homesick T_T

Tag?!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hohoho..saya telah ditag oleh Fatin Adlina!!! huish~ baru je on ym dapat offline message from Khalisah..
Khalisah menyampaikan pesanan dari Fatin untuk wat tag ini.ngeh3~
Tak pe.tak pe.actually this is my first time being tag by a friend =)
Suka.suka.suka ^_^
Ehem3 kita mulakan dari sekarang!!!!~~


Anda rasa anda hot?
Yes, I am (approved by my roomate =P)

Bila kali terakhir anda makan pizza?
Hmm..last time tetiba salah seorang my housemate bawa balik pizza belanja kami semua pizza =)

Lagu terakhir yang saya dengar?
Never Let You Go by Justin Bieber. Masa lalu lalang kat YouTube tertiba terserempak dengan MV lagu ni. haha ;D

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Main jeling-jeling dengan nota Physiology dan gaduh-gaduh manja dengan Izati.

Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Nun, nunun, enon(hoh tak suka di panggil dengan gelaran ini), noon (just Syafiq si budak gedik selalu cari gaduh dengan saya dan Fyza si kembar saya..muahaha)

Tag lagi 8 orang.
1. Hidayah Zulkharnain
2. Nor Izzati Manan
3. Aliya Afnan
4. Siti Noraishah Said
5. Dalilah
6. Farhi Amalina
7. Hafiza Azira
8. Nurul Munirah

Siapakah orang no 1 kepada anda?
Cousin yang paling matang dan suka buli saya..huahuahua xD jom main bunga api!!!

Katakan sesuatu mengenai orang no 5.
Kawan baru saya kat Mesir ni. Orangnya sweet~ hehe rindu plak kat dia =( dah lama tak bersua muka dengan dia.

No 3 ada hubungan dengan siapa?
Aliya?hmm setahu saya dia takde relationship dengan sesiapa sekarang ni.tapi yang saya tahu dia nak suruh mak dia yang carikan calon suami untuk dia.hehe.jangan marah aliya.huhu.

Bagaimana pula dengan no 4?
Ucu?hehe.dia takde relationship dengan sesape sekarang ni.tapi sekarang sedang menanti seorang insan yang bernama lelaki macam Adam dalam cerita Adamaya..ngee~

Pesanan buat orang no 6.
Uit Cik Farhi belajar bersungguh-sungguh yep biar dapat excellant result, dah kerja nanti belanja saya wokeih! haha xD Jangan busy2 kenenkan orang dengan mat indon or pak arab.hehe.

Kata2 cinta untuk orang no 2.
Kilmih habibi mush hana dilhadi biha ghir bas lik~ hoh terjemahnya~ i'll never call anyone 'baby' except you (hanya dia seorang sahaja faham kenapa saya bagi kata2 ni kat dia ;P)

Adakah no 7 & 8 mempunyai persamaan?
Hmm..minat cerita Jepun kot yang sama..haha xD

Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda.
Orangnya comel !!!
Pendengar yang setia.
Tak cepat putus asa.
Pandai dan bijak.
Prihatin dan sangat caring ^_^

She is my practical mate ;)

Perasaan anda buat tag ni.
Bahagia,gembira + cuak pon ada coz x men jeling2 lagi dengan nota Physiology saya!! (mesti dia merajuk coz saya tak hiraukan dia dari tadi.haha!)

Thursday, June 17, 2010

Renungan

Seringkah kita terfikir, bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati?? Ayuh kita buktikan diri, agar segala yang indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah Nabi, kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki..

Tuesday, June 15, 2010

Hari Bahagia Buat Sahabatku



























JANNAH & RIZAL

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..pada tanggal 12 Jun 2010 sahabatku Raudhatul Jannah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hidupnya Mohd Rizal..
Barakallahulakuma wabaraka a'laikuma wajama'a bainakuma fi khair..
Mudah-mudahan Allah memberi berkat kepadamu dan memberi berkat ke atasmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan..
Semoga kalian kekal bahagia hingga syurga..
Selamat datang ke alam baru yang penuh dengan mawaddah wa rahmah..

p/s:Rindu keluarga di Malaysia..saya di sini mengharap dan berdoa agar saya sempat untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia nanti di sana ='(

Monday, June 7, 2010




You Are Blue



You believe the key to living a good life is simple. Be as honest with yourself and others as possible.

You value the truth over everything else. You will remain loyal to those who are honest with you, even if their honesty hurts.



Compared to most people, you handle the truth well. You take every event in stride. You are the calm spot in a sea of chaos.

You think the solution to most problems is open communication. You wish that people would be more real with each other.


Sunday, June 6, 2010

Ketegasan Insan Bergelar Wanita

"Wahai puteriku..DEMI ALLAH..JANGAN engkau percaya terhadap kata-kata SEBAHAGIAN lelaki..bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK DAN ADAB..bicara denganmu seperti SAHABAT..dan apabila bercinta denganmu seperti TEMAN AKRAB..sebenarnya mereka BOHONG!!! jika engkau mendengar sendiri bualan mereka..pasti engkau TAKUT DAN NGERI..hanya di tanganmu pintu segala kebaikan..bukan di tangan kaum LELAKI"
- Ali Thantawi -

Wednesday, June 2, 2010

Sengaja Kita Dipertemukan

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita sedar bahawa,
kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah...

Thursday, May 20, 2010

cOnNeCtEd

I'm blind-folded on
This carriage ride that they call life.
Keep trying to make it
Through that next turn
Knuckles white and holdin' tight.
So here I go,takin' a curve,
But I know that I'm never alone.
I think of you,
I know you'd never let me go.

Chorus*
I feel connected, protected,
It's like you're sitting right with me
All the time.
You hear me, you're near me,
And everything else is gonna be alright.
'Cause nothin' can break this,
Nothin' can break this.
Nothin' can break this time.
Connected... connected inside.

It's not an accident,
The time we spent apart,
But now we're so close,
I can always find you
Right here in my heart.
You've given me somethin' I need,
And I don't ever want it to end. Because of you,
I know I've found my strength again.

(Chorus)

Every time that I breathe,
I can feel the energy.
Reachin' out, flowin' through,
You to me and me to you.
Wake or dream, walk or stand,
You are everywhere I am.
Separate souls, unified
Touching at the speed of light.

(Chorus)

p/s: tengah2 study tetiba lagu ni kedengaran..tetiba teringat my sister yang seorang tu..huhu..dia lah yang bagi lagu ni kat saya..hoho..miss you ^_^

Friday, May 14, 2010

hAve A wAlK In EvEnInG

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam study leave selama sebulan ni..masa banyak di habiskan di dalam rumah..memang pergerakkan agak terbatas..
Oleh itu, petang tadi saya mengambil keputusan untuk join housemate saya bersiar-siar di istad gamaah..
Saya telah mengambil peluang untuk melihat sendiri seluruh kawasan istad gamaah..wah..cantik jugak gamaah tempat saya belajar ni..lalalala~
At certain place je~ ada tu yang still under construction..huhuhu..
Sambil menghirup udara-udara yang x berapa nak segar tu..huhu (-.-'') saya melapangkan fikiran saya yang serabut sikit tu..

Terngiang-ngiang di fikiran ayat yang diungkapkan oleh sahabat saya kepada saya..
Sedang saya menelaah, tiba-tiba dia bersuara..
''Ainun, kte tengah rungsing lah..''
''Rungsing pasal apa?? belajar ke??''
''Tak..''
''Abes tu pasal ape??''
''Pasal ramai sangat kawan lama kte sekarang dah HOT2..''
''La...pasal tu ke~(-_-'')..''
''Ish kalo nak HOT cam diaorg jugak g la tanya diaorg camne diaorg boleh jadi HOT..''hahaha xD

After scene di atas dah berlalu~
Sedang2 saya study saya pandang dia..nak gelak pon ada..
Dia pandang saya balik..main jeling-jeling plak..dushdush..
Apa lagi saya pun bersuara..
''Nape ni??rungsing lagi ke??dia hanya diamkan diri..
''Owh taw la awk rungsing coz kte HOT kan!!!'' dia terus menjengulkan biji matanya,terkejut dan menjerit..hahaha xD

Actually saya hanya ingin menjadikan suasana ketika itu ceria~
Takde lah boring-boring je~
Cuaca pun sekarang tengah panas..hati pun panas je..
Sekali sekala saya pon nak perasan HOT la..hahaha xD

Hari ni memang penuh dengan suka-suka..
Saya baru sahaja lepas berchatting dengan sahabat lama..
Yang dahulunya dia sekolah sama kelas dari darjah 1 hingga yang terakhir di tingkatan 3..
Dia baru add saya di FB dan tup2 dapat tahu tak lama lagi dia nak mendirikan rumahtangga..
Hmm..sorry sangat2..saya memang x dapat nak menghadirkan diri di hari yang bahagia itu wahai sahabatku..Raudhatul Jannah..
Namamu sentiasa terpahat dihatiku kerana namamu sangat indah..
Saya memang tak boleh lupakan dia walaupun dah lama terpisah still boleh ingat dia coz nama dia yang sedap tu plus perwatakan dia yang baik...
Selama perkenalan kami yang agak bertahun tu..dia merupakan seorang kawan yang sangat baik, sweet and lovely..^_^

Saya sangat terpegun dengan kata-kata nasihat yang diberikan olehnya kepada saya..
Yelah dulu kecil-kecil lagi,sekarang dah matang...
Macam-macam yang dia kongsikan bersama saya..
Detik perkenalan dia dengan bakal suami dia, macam mana dia boleh diikatkan dengan pertunangan dan akhirnya dia akan melangsungkan akad nikahnya 12Jun ini..
Dia bercerita dengan bersungguh-sungguh dengan selitan nada gembira...

Dalam bercerita tentang dirinya, boleh pula tetiba dia bertanya akan diriku tentang..
''Ainun bila lagi?? saya hanya mampu menjawab takde sape nak kat kte ni~ :P
''Takpe Ainun nanti jodoh tu akan datang..lagipun Ainun muda lagi..abeskan study dulu ye..''
''Kata kte pulak..awk tu x muda lagi ke??hehehe..''
''Hmm kalo boleh Jannah pon nak abeskan study dulu..tapi nak wat camne..jodoh sampai awal''
Jannah juga berpesan supaya jangan cari tapi biarlah ia datang sendiri..
Kata-kata itu selalu ku katakan kepada sahabatku, tetapi diri ini sendiri alpa untuk memegangnya..
Dia juga berpesan supaya restu ibu bapa itu perlu ada untuk mendapat keberkatan..
Mereka telah banyak berjasa dengan kita..kata-kata mereka juga perlu didengari dan dipatuhi..
Ya..saya perlu berjihad untuk kebaikan bersama..

Teman sejati saya Farhi..insyaAllah akan mendirikan umrah bersama keluarganya Jun ini..
Semoga dia mendapat apa yang dia hajatkan..
Dia merupakan seorang kawan yang tak pernah lelah untuk bergurau dengan saya..
Sejak dari sekolah rendah lagi T_T saya menjadi mangsa buli dia..hehehe..
Suka sangat kenenkan dengan mamat indon~ tahulah dia suka lagu2 indon..
Sekarang bila saya berada di Mesir..dia kenenkan dgn pak arab plak..
Abes dia bagitahu kat adik saya yang tak lama lagi dia akan dapat bakal abang ipar pak arab..
WHAT!!! ape lagi saya pun mengebom lah wall adik saya tu..hohoho..

Tulah kerja pelajar-pelajar universiti yang sedang bercuti..
Menyakat saya yang jauh di mata dekat di hati kunun..huh..
Takpe-takpe..balik Malaysia nanti saya serbu umah dia..haha xD
Hari ni dapat selesaikan soalan histology, dapat wat soalan anatomy sikit je..
Ok tomorrow study anatomy la..ngeh3..

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku di dunia dan di akhirat..
Semoga apa yang telah ku lakukan selama ini mendapat keredhaanMu..
Kau tunjukkanlah kepadaku jalan yang benar..agar aku tidak terpesong dari arahMu dan sentiasa mengingatiMu..Allahuakbar..
Wassalam..


p/s: ada orang kata saya jual mahal??ego??yekew??kawan saya kata cakap kat orang tu~kalo nak murah2..g mega sale!!!..haha xD

Monday, May 10, 2010

jAdUaL iMtIhAn yAnG TeRbArU !!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana akhirnya terjawab juga tentang tarikh-tarikh untuk written n oral exam kami..

Sebelum ini kami pelajar-pelajar perubatan conventional bagaikan terumbang-ambing kerana tidak tahu tarikh tetap untuk imtihan kali ini...


Ini kerana kebanyakkan daripada kami telah mempunyai banyak perancangan untuk cuti summer nanti..saya juga tidak terkecuali..hoho o.O


Di sini saya sertakan jadual baru yang saya terima pagi tadi..

Written Exam
14/6 Anatomy
21/6 Biochemistry
30/6 Physiology
5/7 Histology
6/7 English
Oral Exam
8/7 Anatomy
10/7 Histology
12/7 Physiology
14/7 Biochemistry
Kebanyakan daripada kami shock kerana makin lambat kami habis exam..huhu


Akibat daripada lambat habis exam + balik Malaysia pun lambat la jawapnya..ramai di antara mereka telah pasang niat untuk pulang semula ke sini lambat..hoho..ni kes balas dendam..


Saya ni pun dah tak tahu nak kata apa..ikutkan jelah apa yang gamaah berikan..


Maybe ada hikmah di sebalik ini semua..
Ujian-ujian...banyak ujian yang datang menimpa..
Ya Allah..permudahkanlah urusanku..
Tabahkanlah hatiku dan tempatkanlah aku di dalam kalangan orang-orang yang sabar..
Semoga aku dan sahabat-sahabatku mendapat najah dalam imtihan ini..

''Ainun,camne nih...x dan lah nak study..huhuhu..''

''Ish Yana nih..study lah..p lah study dengan kawan-kawan seumah tu...''

''Alah..ainun x mo mai datang umah ke study same..ainun study katne?''

''Ainun study kat umah la..kat mane lagi? hmm nape ni Yana?''

''Tak tahu lah Ainun nk study camne..''

''Hmm..Ainun ni pun baru je wat jadual..so stick to the jadual la..huhu..Yana study ye..semoga kita berdua mendapat najah dalam imtihan ni''

''Thanks la Ainun ye coz menaikkan semangat untuk study''

Dialog di atas berlaku pada waktu pagi tadi..

Saya baru je on ym terus dapat panggilan dari Yana..

Pelik sungguh orang invisible tiba-tiba call kte kn..haha xD

Actually ana rasa apa yang Yana rasa...

Tapi tak kan lah nak sama-sama give up..

So saya pon naik kan semangat dia..secara tak langsung menaikkan semangat untuk diri sendiri..

Saya agak terkejut apabila orang yang mengatakan kata-kata itu adalah Yana kerana saya tengok dia rajin belajar, kalau baca nota orang panggil-panggil pun kadang-kadang dia tak sedar..huhu T_T

Saya tak macam dia..kenapa saya tak macam dia??persoalan..
Lain orang lain cara belajarnya..kadang-kadang saya jealous tengok orang rajin belajar..tapi kenapa saya tak ikut macam mereka??
Bila saya renung-renung kembali cara saya belajar dulu dari sekolah rendah sampai ke peringkat matrikulasi..semuanya lebih kurang..
Semasa sekolah rendah banyak masa diluangkan bersama homework..homework lah teman sejatiku..memang busy masa sekolah..dengan kelas tambahan dan tuition..

Di peringkat menengah lagilah hebat..wat homework depan tv..memang x patut..mak selalu tegur..tapi nak wat camne..dah addicted...tengok drama korea..haha xD

Mak lama-lama dah lali..dan maybe mak tak berapa nak kisah coz keputusanku x lah teruk..Alhamdulillah malah membanggakannya..hehe..

Last-last tengok adik-adik pun turut sama ikut jejak langkah kakak dia yang bagi contoh x berapa nak baik ni..huhu (-_-'')

Ish saya ni memang x patot buat camtu..tapi bestlah wat homework depan tv..very interesting (^_^)v



Di peringkat matrikulasi pula, tv mane ade depan mata..kalau nak tengok tv kena g bilik bawah..laptop plak..saya kunci dalam locker..memang tak sentuh langsung..guna bila ada assignment je..balik cuti baru guna banyak..
Banyak masa di habiskan dengan study n wat homework..pastu ada kuiz tiap2 minggu..memang sedap la..tu yang rasa cam banyak ilmu di dada..haha xD
Tapi sekarang..kehidupan di universiti..amat berbeza..lebih-lebih lagi di Mesir ni..
Saya tak ada homework..kalau ada pon Anatomy n Histology je..so banyak masa saya di habiskan di depan laptop..adoi~
Hmm camne tu..tak pe tak pe mulai arini saya akan guna masa yang ada tu yang panjang tu untuk study balik apa yang saya dah belajar selama saya belajar di gamaah tercinta tu..hehe
Ku doakan kejayaan untuk semua sahabat-sahabat ku..
Dont give up..study selagi anda mampu..
InsyaAllah Allah akan beri yang terbaik untuk kita yang telah berusaha dan jangan lupa untuk bertawakal kepada Allah selepas berusaha ^_^
Wassalam..

p/s: jom.jom.jom.study..masa jeles dengan kte tu..huh~