Tuesday, March 13, 2012

Dunia Baru


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dengan semangat dari Allah S.W.T, keluarga, sahabat dan juga diri ini telah membawa kepada dunia baru iaitu ingin teruskan perjuangan dahulu.hehehe. Sebelum ini perjuangan ini pernah dilaksanakan dan terhenti buat masa yang lama iaitu selama setahun. Mulai esok dengan izin Allah S.W.T. saya ingin teruskan perjuangan dan cita-cita saya bersama-sama dengan sahabat saya.Mudah-mudahan perjuangan ini dapat diteruskan dengan lancar dan tiada sebarang gangguan.

Saya juga berharap pelajaran dan ilmu lain juga dapat saya pegang dengan kuat agar saya cemerlang dalam semua aspek di dunia dan di akhirat. Saya tidak mahu berat sebelah malah ingin mengecapi semuanya dengan atas redha Allah S.W.T.

Apabila melihat senior-senior saya semasa Graduation Day mereka tempoh hari, saya sangat terharu dan gembira kerana melihat mereka mengecapi impian mereka setelah berhempas pulas berada di bumi Mesir ini selama 6 tahun. Saya terfikir bahawasanya saya juga ingin menjadi seperti mereka. Membawa segulung ijazah pulang ke tanah air yang tercinta.

Saya tahu masa itu akan tiba. So sekarang saya perlu lebih cekal dan kuat. Tidak perlu toleh belakang, pandang kanan dan kiri. Terus maju ke hadapan :)

p/s: Doakan saya dapat tempuhi semua ini dengan baik.InsyaAllah ^__^

No comments:

Post a Comment