Tuesday, March 13, 2012

Dunia Baru


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dengan semangat dari Allah S.W.T, keluarga, sahabat dan juga diri ini telah membawa kepada dunia baru iaitu ingin teruskan perjuangan dahulu.hehehe. Sebelum ini perjuangan ini pernah dilaksanakan dan terhenti buat masa yang lama iaitu selama setahun. Mulai esok dengan izin Allah S.W.T. saya ingin teruskan perjuangan dan cita-cita saya bersama-sama dengan sahabat saya.Mudah-mudahan perjuangan ini dapat diteruskan dengan lancar dan tiada sebarang gangguan.

Saya juga berharap pelajaran dan ilmu lain juga dapat saya pegang dengan kuat agar saya cemerlang dalam semua aspek di dunia dan di akhirat. Saya tidak mahu berat sebelah malah ingin mengecapi semuanya dengan atas redha Allah S.W.T.

Apabila melihat senior-senior saya semasa Graduation Day mereka tempoh hari, saya sangat terharu dan gembira kerana melihat mereka mengecapi impian mereka setelah berhempas pulas berada di bumi Mesir ini selama 6 tahun. Saya terfikir bahawasanya saya juga ingin menjadi seperti mereka. Membawa segulung ijazah pulang ke tanah air yang tercinta.

Saya tahu masa itu akan tiba. So sekarang saya perlu lebih cekal dan kuat. Tidak perlu toleh belakang, pandang kanan dan kiri. Terus maju ke hadapan :)

p/s: Doakan saya dapat tempuhi semua ini dengan baik.InsyaAllah ^__^

Monday, February 27, 2012

Kembalilah Semangatku


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan izin Allah S.W.T. saya dengan gigihnya membuka blog saya yang dah usang ini. Mesti ramai pengikut saya yang akan tertanya-tanya ke mana menghilangnya saya ni (macam lah ada fans :P) ok stop it! Actually saya tidak berapa nak rajin meng'update' blog. Tetapi hari ini datang semangat nak conteng-conteng.fuhh~ Bukannya apa, hari ini saya mengalami kepeningan akibat perubahan cuaca. Hah??cuaca dah berubah? hmm saya pun tidak tahu. Tu lah baru berapa hari tidak keluar rumah,bila dapat cahaya matahari yang terik mulalah rasa pening-pening. Macam nak pengsan pun ada.

Cakap pasal kembalikan semangat tu. Saya nak semangat Ainun Nadhirah yang dulu. Bukan sekarang yang cepat sangat putus asa, mengeluh dan lemah semangat.huhuhu. Hanya pada Allah tempat saya mengadu dan bergantung. Saya bahagia ada keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling yang sentiasa dapat menceriakan hari saya. Tetapi saya sendiri tidak dapat merasa kebahagiaan itu luhur dari hati saya. Mengapa? saya pun tidak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya harap saya dapat teruskan perjuangan saya dengan lebih baik tanpa melihat kebelakang. Saya rasa ini sahaja yang saya mampu luahkan buat ketika ini.

p/s: Masa ibarat pedang dan juga emas. Tapi alangkah ruginya saya kalau waktu itu dibiarkan berlalu begitu sahaja. Saya harap saya dapat manfaatkan masa yang ada dengan baik. InsyaAllah :)

Wednesday, January 26, 2011

At Last!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah sudah selesai exam yg baru di tempuhi pg td..Tiba2 rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu...
Awal pagi ketika saya berjalan ke gamaah tiba2 hati ini terdetik..ade 4 tahun lebih lg untuk ku tempuhi di bumi Mesir ini...
Usai sahaja exam,terpancar keceriaan di setiap wajah sahabatku kerana sudah berhempas pulas menjawab exam dlm 15 minit..huhu ^_^
Saya begitu aktif ketika itu kerana mencari sahabat saya (Yana) yang telah berjanji untuk berjalan-jalan selepas exam..hehe :P
Tapi ade suatu perkara yang tidak boleh dikatakan di sini berlaku di tempat yang ingin kami tujui..so kami terpaksa membatalkan niat untuk bershopping di sana T_T
Lepas tu tiba2 Yana ajak pergi Metro untuk membeli halia..hehe susah taw nak cari halia kat sini..kih3..di sana halia jual sekilo terus,so...kami wat keputusan untuk ke Awadalla untuk beli beberapa ketul je..hahahaha xD
Berjalan-jalan sungguh kami td..dengan pening2 lagi.. (=_='')
Lepas dah selesai semua2 barang yang kami beli..kami pun pulang ke rumah masing2..hihi <---ayat ni perlu diceritakan ke? xpelah biar nampak banyak sikit ape yang saya nak tulis ni xP
Balik2 je rumah dapat suprise dari roomate..Tadaa~



Phewittt!!! At last!!! pertama kali saya dapat bunga dari roomate saya ^____^
Thanks Khalisah..tiba2 rasa awak comel plak bagi bunga ni..hahaha xD
Dah2 word tu susah taw saya nak bagi kat awak, so gunakanlah dengan sebaiknya..ngee~ :P
Saya rasa tu saja kot nak cerita wat masa ni..lain2 hari jumpa lagi...bubye~

p/s: To my dear mandolin friend..I hope you will be the first person to give me the bouquet of flower..but my roomate took your place as a 1st person to give me the flowers..but I'm still don't mind if you want to give me a bouquet of roses~ hahaha xD demand giler~

Friday, January 14, 2011

Jom Study!


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah hari ini saya dapat mengupdate blog ni buat sekian lama la sgt~ blog ni x bagi saya menulis.huhu (x dpt nk sign in)
Ok lets story about what happened around us and what environment i have to go through this month..
Firstly..exam around cornerrrrrrrrrrrrrr..not so corner but i think its so near to me :(
hahaha (english degenerate like what my friend had told me before =( help me!!!help me!!help me!!help me!!)
Then i'm having homesick..blablabla~lalalalala~i need to go back to my home sweet home rite now ;P
Last but not least..please dont let your tear falling down just because of little thing..
1 drop of tear is not cheap as buying mandolin nus genih..hahaha xD
Please someone give me something to become more cheerful and forget all about sad memories..
Happy2 day..no more words want to come out from my mouth because it will make my post become more bad..huhu what so ever~
Till now i write this because im jealous with my friend who write her post in english to improve her english which have degenerate..hahahahahaha xD so thanks to you..i will make you as my teacher to learn more about english...LEARN ENGLISH IS FUN!! its look like a campaign when you're in 6th grade T_T

p/s: To my dear friend who i force her to read this!!!..hehe~Please don't be mad at me because if you are, my english become more worst!! =,=''

Sunday, January 9, 2011

Sanah Helwa Ya Gamilah!!!!!


Bismillahirrahmanirrahim..
Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang saya untuk meneruskan hajat saya yang lama terpendam.hehehe :) Dah lama sungguh saya teringin sangat nak buat benda ni..Dari Malaysia lagi dan dah bertahun2 saya impikan untuk membuat CHOCOLATE MOIST CAKE ^_^
Di sini saya berasa sangat teruja untuk membuat kek, tak tahu kenapa.huhu.
Di Malaysia punya la saya banyak mengumpul resepi ni tapi x buat2 lagi coz tiada waktu yg sesuai untuk membuatnye..
Kat sini pun saya mencari2 waktu yang sesuai dan at last rezeki birthday girl dan rakan2 yang berada berdekatan akhirnya dapat merasa kek yang saya buat for the FIRST time!!! ngee~

Alhamdulillah sangat2 kerana kek yang saya buat menjadi dan mereka kata sedap~ tapi saya rasa manis sangat..hmm tak apelah asalkan diaorang makan sedap and habiskan pon saya happy sangat2 :D
Di sini saya nak share resepi kek yang saya buat..tadaa~

CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan2nya:

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gram butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Cara2nya:

1. Serbuk koko+1/2 cawan gula +air panas=jerang atas dapur dgn api kecil sambil kacau rata & berkilat.Sejukkan dan tuangkan susu cair ,kacau rata dan put aside.
2. Pukul butter dan 2 cawan gula hingga kembang dan masukkan telur sebiji2 dan esen vanilla dan gaul rata. Ayak tepung dgn baking powder 3x baru masukkan tepung selang seli dgn pes
dan gaul rata.
3. Masukkan loyang 9x9 dan bakar selama 1jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4. Untuk moist satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar
air panas & cairkan secara double boiled.

Hmm cubalah resepi di atas jika mempunyai masa lapang yang banyak :p
Saya sertakan skali gambar kek yang saya dah buat..

Last but not least..wishing to my dearest friend FATIN ADLINA MOHD JUTY~

HAPPY BIRTHDAY!!!!!!!!!
SANAH HELWA YA GAMILAH ^_^

Monday, November 15, 2010

Holiday @_@

suasana di tempat baru..BDO not same as BBU home sweet home

Dengan lafaz bismillah saya mula menaip untuk post kali ni. Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih saya berada di bumi Mesir ini. Hari ni saya berkesempatan untuk meluangkan masa dengan blog ni. InsyaAllah Selasa ni AidilAdha akan menjelma. Sambutan Adha akan di sambut oleh saya di sini buat kali kedua. Yang bestnya Adha kat sini, kami semua dapat cuti seminggu..hooreyy!~~
Seminggu tu seharusnya saya manfaatkan sebaik mungkin.haha :D
Exam just around the corner, so I have to start struggling towards my study. Catch up whatever yang tercicir.ngee~

PHYSIOLOGY 20/1/11
ANATOMY 22/1/11
BIOCHEMISTRY 24/1/11
HISTOLOGY 26/1/11

Waa~ dekat tak date exam tu..huhu..walaupun nampak macam jauh,saya tetap rasa dekat! So cuti holiday ni just around Mansurah je lah.haha (around gamaah je ler =.='')
Student activities yang nampak macam ringan but kalo relax sangat x ke berat bila buat kerja last minute.adoi~
I think thats all for today..hmm xde idea banyak la @_@

p/s: Rinduku sudah terubat bila dapat skype dengan orang yang tersayang~

Saturday, October 30, 2010

Happy-Happy Day


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Saya dapat menulis lagi di sini. Sudah sekian lama blog ini ditinggalkan. Ini semua disebabkan oleh kesibukan diri ini dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, anak dan pelajar. Tetapi pada hari ini saya diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit masa di sini.

Alhamdulillah saya masih di beri peluang untuk meneruskan pejuangan saya di sini.

WELCOME TO SECOND YEAR!!!!

Dengan berbekalkan kata-kata semangat dari Malaysia saya harap saya akan terus tabah dalam mengharungi setiap ujian di negara ini. Saya akan sentiasa ingat kata-kata seorang insan yang saya sayang. Walaupun agak perit untuk menerima hakikat bahawasanya kami tidak dapat bersua kembali seperti dahulu kala. Saya harap dia bahagia di sana. InsyaAllah kita akan jumpa di sana. Ameen. Saya akan teruskan cita-cita saya dan kenangan bersamanya akan sentiasa tersemat di dalam ingatanku ini.

Alhamdulillah jadual kuliah pada tahun dua lebih baik dari sebelumnya. Pre mid term tiada. Mid year exam pula yang akan menyusul bulan Januari depan. Saya harap setiap apa yang saya pelajari hari demi hari memberi manfaat pada saya. Kadang-kadang keadaan sekeliling juga dapat mengajar kita untuk menjalani kehidupan untuk masa hadapan. Alhamdulillah saya dapat adapt dengan keadaan sekeliling.

Winter is coming back~ saya harap saya tidak terkena syndrome-syndrome semasa winter yang lalu. =.='' fuhhh sejuk2. Actually sekarang tengah rajin nak buat nota practical Physiology cause tadi dah kena attack dengan doctor =P alhamdulillah nasib baik dapat jawap, kalau tak tahu nak jawap bagi jelah senyuman =D Histology yang sering kali macam diabaikan kini harus diberi perhatian. Banyak lagi lukisan yang harus di settlekan. T_T

Akhir kata dari saya, semoga jalani kehidupan anda semua dengan tenang dan gembira.
^___________________________________________________^
Lebarkan senyuman seperti di atas.